Tuesday, March 15, 2011

Sudah Jatuh Ditimpa err....Basikal

Update : Ni masih cerita yang sama.....cuma tukar tajuk je (ada juga orang yang buat keje ni), TQ to mama cats :D

Ni nak cerita suatu kisah yang dah basi....

Kata orang kesusahan tu datang "bertiga" (ehh...ehh... betul ke ni, selalunya mak sebut kematian selalunya berlaku secara bertiga/berturut-turut..., pandai pulak IA menambah he...he...). Cerita ni taklah teruk pun, cuma kadang2 kita rasa seperti bertimpa2 kesusahan yang kita hadapi tu... Nak kata susah sangat pun tak juga... cuma satu pengajaran pada IA.

Selepas balik dari bercuti di Prague 2 minggu yang lalu, kami mendapati rumah kami dimasuki pencuri. Sedih tak terkata, bukan saja duit, seurat dua barang kemas yang diambil, 2 laptop dan external hard disk pun dikebasnya juga. Selain dari gambar2 kenangan manis kami di sini, dalam laptop tu ada juga repot yang IA dah mula taipkan untuk satu persatuan yang IA masuk (terpaksa masuk :D) di sini. Nampaknya terpaksalah IA menaip semula repot berkenaan bermula dari awal. Nak dijadikan cerita, selepas tetamu kami balik pada hujung minggu berkenaan, IA tak sihat, demam, selsema, sakit tekak dan sebagainya. Jadi, tertunda lagilah repot berkenaan. Bila umur menjangkau 40an ni, demam sikit pun badannya amatlah letih tak terkata... Jenuh IA minum ubat buatan sendiri berhari2, pagi dan petang agar demam dan sakit tekak cepat hilang. Walaupun sakit, tapi hati taklah risau sangat sebab repot tu cuma perlu ditaip semula. Mesyuarat yang perlu IA hadiri bersama repot berkenaan akan dibuat pada hari Jumaat, sempat lagi... Pada hari Rabu IA pun mulalah membuka komputer yang ada dan cuba menaip tapi gagal, nak "transfer" maklumat dari CD ke komputer pun tak boleh. Seharian IA cuba... tapi tak boleh juga. Rupanya komputer tu tak ada valid software dari microsoft. DH sengaja tak masukkan, sebab hanya DS yang guna komputer tu untuk main "game".

Keesokan harinya, IA cuba "download trial software" dari microsoft, tapi gagal juga. Rupanya baru2 ni, DH dah pun berbuat demikian dan tempoh percubaannya dah pun tamat. Dalam situasi berkenaan, IA cuba pinjam laptop kawan, alhamdulillah dia berjanji akan membawanya apabila kami mengambil anak masing2 dari sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah pada petangnya, sambil mengayuh basikal tua yang IA ada, otak IA berlegar2, hati sebenarnya dah mula risau, apa jadi kalau laptop kawan ni tak dapat diguna?? Tak dapat IA nak bayangkan, terpaksa menalipon Naib Presiden persatuan berkenaan dan memberitahu repot tak sempat ditaip!!!! Dalam keadaan otak yang berserabut tu... IA perasan yang basikal tu dah termasuk ke dalam longkang (cetek je, bukan longkang dalam pun). Cuma disebabkan IA tak fokus, IA membuat kesilapan cuba mengayuh keluar dari longkang berkenaan. Sepatutnya IA berhenti dan turun !!! Tapi IA buat kerja yang tak masuk diakal ni, maka apa lagi, tayar basikal pun bergesel dengan dinding longkang yang licin tu dan KEDEBUP jatuhlah IA tersungkur. Malunya tak terkata, apa lagi depan sekolah pula. Nasib baik tak ada orang, cuma seorang parent dan seorang pakcik tua Belanda :D Setelah dibantu oleh ibu beranak dua yang perihatin tu, IA pun terjengkek-jengkek berjalan ke sekolah. Lutut kanan semakin sakit.... semakin lama berjalan, semakin sakit jadinya..... Macam tak percaya IA jatuh basikal, seingat IA, IA tak pernah jatuh basikal dengan sendirinya.... kecuali jatuh ketika dibawa oleh abang dan mak semasa IA kecil dulu. Perjalanan pulang kerumah mengambil masa hampir 45 minit berjalan kaki.... gara-gara basikal dah tak boleh dinaiki sebab lutut dah tak boleh dibengkokkan. Nak duduk kat tandas pun susah, alahai.... Tapi IA nekad, repot mesti disiapkan juga malam tu. Tepat jam 9 malam bermulalah operasi menaip repot dan ianya habis pada awal paginya (almaklum, kepantasan IA menaip adalah seperti kura-kura berjalan, dahla tu laptop tu pulak teramatlah sensitif, dengan ketiadaan tetikus lagilah ia proses yang semakin lambat.....). Tapi IA tetap bersyukur dengan kehadiran laptop yang dipinjam dari S tu :D



Esoknya pula, terpaksa pula berjalan kaki (biasanya tak sampai 10 minit pun) ke metro dan kemudian tukar naik tram dan selepas tu berjalan lagi (pun tak sampai 10 minit juga kebiasaannya) untuk menghadiri mesyuarat yang teramat penting tu. Selepas menghantar DS ke sekolah, DH terpaksa keluar kawasan jadi tak dapat nak tolong. Nak tumpang orang lain yang ada kereta, susah pula sebab IA terpaksa pergi awal nak "print" repot dan buat salinan. Jadi terpaksalah IA berjalan perlahan2 dengan lutut kanan yang sakit ni. Lutut kiri IA yang sememangnya sedikit lemah sebelum ni, terpaksa menahan berat badan dan semakin menjadi sakit terutama apabila IA menaiki tangga. Kalaulah mesyuarat tu mesyuarat bulanan yang biasa, memang IA tak akan hadir, tapi ini mesyuarat PENTING, kalau IA tak datang nanti orang kata IA sengaja nak ngelat pulak. Hai terpaksala datang juga. Tapi memang IA berharap, tak perlu pergi ke mesyuarat tu, kalau tak pergi, tentu tak dipilih memegang jawatan kan??? Dan sememangnya IA tak mahu pegang apa-apa jawatan..... Tapi nak buat macam mana... kecualilah IA terdampar kat bilik hospital... ha... barulah ada alasan untuk tidak menghadiri mesyuarat !!!!

Hujung minggu berkenaan terpaksalah IA duduk kat rumah sementara DH membawa kawan beserta anak terunanya yang datang dari Moscow pergi berjalan-jalan ke Volendam, Amsterdam dsbnya. Sedih... sebab sebenarnya IA nak "recapture" semula gambar2 yang hilang tu.

Nak dijadikan cerita DS pula dihantar pulang dari sekolah pada hari Isnin tu sebab demam, jadi duduklah kami berdua melayani demam dan sakit lutut ni hingga hari Jumaat. DS terlebih rehat dirumah sebab maknya masih sakit lutut dan tak nak berjalan bertongkatkan payung untuk menghantarnya ke sekolah he..he..he...... DH pula masa tu dah pun ke Berlin bersama kawannya yang datang dari Moscow tu untuk menghadiri urusan pejabat. Alhamdulillah, hari ni lutut dah kurang sakit, dah pun boleh berjalan ambil DS dari sekolah :D

12 comments:

iina said...

Kesian ye dengar demam dan sakit lutut.. semoga cepat baik dan jaga kesihatan ye

i amsterdam said...

Dear iina,

He..he.. dah oke dah insyaAllah :D

Cheqna said...

My dear friend,

kesiannya..no wonder "mendiamkan" diri these few days, thought you were busy entertaining guests..

anyway, praying for your speedy recovery, take care ye.

:-)

Bangchik and Kakdah said...

Bila benda macam tu datang bertimpa-timpa, kita berpeluang rehat sebentar, tenung apa yang berlaku, buat flashback, re evaluate and so on. Tapi kesian juga kena belai lutut tu..., but frankly speaking all this while we take LUTUT for granted.... Harap sembuh segera!

i amsterdam said...

Dear Cheqna,

He..he..sakit ke tidak.. tetap kena layan tetamu. Minggu ni 11 orang nak datanggg... mak ooii!!! tolong!!!

i amsterdam said...

Dear Bangchik,

Betul tu, bila ditenung kembali.. banyak benda yang perlu diinsafi dan dibaiki. Mohon Allah bantu hamba yang lemah dan lalai ini...

Cheqna said...

Ramainya...hope u'll have fun, enjoy it ye :-)

Cat-from-Sydney said...

Mother of Ilham,
Adoi! Ini namanya sudah jatuh ditimpa tangga...eh eh bukan....ditimpa basikal! Cian dia. (((((HUGS))))) purrr....meow!

i amsterdam said...

Dear Mama Cats,

Hey... i like that statement "sudah..... ditimpa basikal" , I'm going to change my post title !!! he..he..

i amsterdam said...

Dear Cheqna,

The fun is in Aprilll.... :D

Cheqna said...

haha..like the new post title..at least basikal dapat nama :-D

yup..looking forward to Aprillll...

:-)

i amsterdam said...

Cheqna,

He..he.. i thought it's more catchy... :D