Ingat tak cerita yang tergendala tahun lepas tu? Dah 10 bulan cerita tu terperap. Semasa duk mengemas-ngemas gambar2 di dalam komputer ni pagi tadi, terjumpa pulak "folder" peristiwa yang teristimewa tu. Dikala suhu menjunam di luar rumah dengan awan yang mendung yang menjanjikan "flurries", hati ini terasa nyaman bila membelek-belek gambar2 tu, ditambah pulak dengan lagu Dato M Daud Kilau mendayu-dayu perlahan-lahan, tersenyum sorang-sorang. . . .
Direnjis-renjis dipilis
Ditepungilah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram si air mawar
Duduk dua sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari
Pada hari bersejarah itu, rumah kami telah diserikan dengan majlis akad nikah seorang sahabat. Tak pernah terpikir dan tak disangka-sangka yang kami akan menjadi ketua keluarga dan tuan rumah kepada majlis perkahwinan di dalam masa terdekat ni sedangkan anak kami masih kecil, di negara orang pulak tu. Tapi itulah, segalanya ketentuan Ilahi, dah sememangnya jodoh dan perkahwinan itu adalah urusanNya. Kalau di negara orang pun kalau jodohnya dah sampai, terjalin juga hubungan suci ini. Apa yang pasti, dihati ini terasa sangat segalanya urusan Allah SWT, betapa Dia menghendaki majlis ini berjalan walau dengan seadanya tetapi tetap meriah. Perancangan dibuat dalam masa sepuluh hari sahaja, tetapi dengan izin Allah Taala, segala "paperwork" yang diperlukan berjaya diselesaikan dengan lancar disebalik kesibukan DH masyaAllah.
Majlis akad nikah yang sepatutnya dijalankan di masjid dan diikuti dengan kenduri kecil doa selamat, telah menjadi majlis yang penuh rahmat di rumah kami dengan gelak ketawa tetamu, disertai pulak dengan bunga telur dan pelamin "bidang terjun". Sofa rumah yang kusam tu nampak cantik pulak bila dihiasi dengan sarung kusyen dan tabir "bling bling" yang dipinjam dari seorang rakan kerja DH manakala bunga telur tu pula "courtesy" dari Tourism Malaysia :D
Pelamin ringkas |
Kek yang secara tak dirancang sedondon pula dengan baju pengantin :D |
Katil pengantin. . . |
Aku nikahkan dikau. . . . (rasanya itulah kut Imam tu cakap hehehe. . .) |
Ia sesungguhnya majlis yang unik kerana pasangan pengantinnya dari Malaysia, dijalankan di Belanda, diakad oleh Imam berketurunan Jawa asalnya dari Surinam, manakala akadnya di dalam bahasa Arab, bacaan takliknya di dalam bahasa Inggeris dan sijil nikahnya pulak di dalam bahasa Belanda, Mashaallah sungguh cantik hitungan Allah Taala.
Tak disangka-sangka, Imam dari Rotterdam ini yang pernah melawat Malaysia pada awal tahun 90 an dulu, terjumpa pulak rakan yang dikunjunginya semasa di Malaysia yang mana dia pernah tinggal selama seminggu di rumah kawannya itu, yang kebetulan menjadi tetamu dan penolong kami di majlis itu, Masyaallah. Maka terjadilah pula adegan berpelukan diantara mereka, adalah juga yang turut mengelap airmata (bukan IA ye. . . )
Betapa cantik aturan Allah Taala (tak perlulah diceritakan kesemuanya ye), segalanya berjalan lancar dan tatkala Imam mengakadkan pasangan, airmataku turut mengalir, syukur Alhamdulillah dan benar-benar terharu kerana semuanya berjalan dengan selamat. IA bukanlah seorang yang sensitif, tak pernah dalam hidup ini menangis di khalayak ramai atau semasa di lapangan terbang ke, tetapi pada hari tu, hati ini benar-benar tersentuh.
Seperti merahmati majlis, cuaca pada awal bulan April itu tersangatlah cantik menjelangnya hari perkahwinan dengan matahari memancar dan suhu naik hingga 20 an celcius. Pada masa yang sama, bunga-bunga tulip di depan dapur juga turut mula mengembang, Mashaallah.
Tulip - sedap mata memandang |
Syukur Alhamdulillah kerana Allah Taala telah memberi kami peluang dan ruang untuk membantu pasangan ini mengadakan majlis akad nikah mereka, semuga perkahwinan mereka akan senantiasa dirahmati dan diberkati Allah Taala selalu.
22 comments:
Cantik pelamin tu walaupun ringkas, ada bunga telur on both sides. The colors complemented each other nicely. Oh yes! the tulips are just too beautiful. It's nice to have that view sambil masak2.
Amiin..semoga pasangan pengantin berbahagia ke akhir hayat, dalam rahmat Allah SWT sentiasa..
Alhamdulillah dipermudahkan segalanya.. :-)
After being to your house, I can place the happenings better..hehe
:-)
Suffia,
Semuanya secara kebetulan, warna bunga telur tu match pula ngan sofa dan sarung kusyen serta tabir yang dipinjam tu. Hopefully tahun ni bunga tulip tu akan berbunga cantik mcm tahun lepas, insyaallah. Sebenarnya thn lepas tu x puas nak menikmati betul2 bunga tu.
Cheqna dear,
Aamiin. Boleh imagine di mana pelamin tu kan? Ehh ehh dear, u all tidor bilik pengantin la hahaha
akhirnya terjawab jugak episod renjis-renjis dipilis tahun lepas hiihi...suspen! Ingatkan sape lah yg kawin lagi hahaa..
p/s: pelamin cantiikkk....tulip pun cantiiikk. Insyaalah besar ganjaran mempermudahkan urusan 'binaan' sebuah masjid :-)
Angelina ada empat tunang, kalau nak kawin serentak boleh? Kita nak pelamin kaler pink. Katil pun kaler pink. Imam kena pakai baju kler pink. Har har har *evil laughs* Seriously, I'd like to frolic in that tulip garden, with Ilham, of course. purrr....meow!
banyak pahala tu...
Amin~
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tahun lepas, tertanya2 apakah jawapan kepada teka-teki yang di post kan. :)
Cantiknya bunga tulip! Semua berkembang pada saiz yang lebih kurang sama! Memang cantik aturan Allah Taala!
Oh ya, Dato M Daud Kilau rasanya tak arwah lagi! Beliau ada appointment nak jumpa kami in 8 days time (for check up)! Hehehe, terkedu kejap bila baca tadi. :)
Katil pengantin cute lah!
Lady Lavender,
"Ingatkan sapelah kawin lagi.." ? Hahhh.. jgn sebut, trust me the whole day and days after that, we were teased by our guests on whom was the groom !!!
I yg tensionn... hahahaa..
Dear Angie....
4 serentak???? You are scandalous!!!
But on second thought, Holland is a free country, so anything can be arranged...
Jgn jealous ya.. mama Ilham pakai baju kurung pink hari tu, hampir2 sama ngan baju lilac pengantinnn..
Saudara Md Nor,
Pada masa tu, apa yg kami fikir ialah seikhlas2nya ingin membantu mereka. Tak terfikir sedetik pun pasal pahala tu, apapun Alhamdulillah... dan semuga mereka bahagia hendaknya.
Ya Allah Nana !!
I'm sooo SORRY!!! Harap2 Dato tak akan tahu apa yg I tulis ni, in fact I dah delete dah pun.
Sebenarnya masa tulis tu I memang was2 and I thought I should erase the word, but then I completely FORGOT. Soooo SORRY, mudah2an dia akan diberkati Allah dan sihat selalu, amiiin.
Dear Azrey Rozie E, katil tu pun kawan2 yg tolong hiaskan :D
mengancam kek tu... cantek kaler purple...
Jendela Hati,
TQ for visiting :D
Sebenarnya saya minta kawan buatkan kek simple je, tapi diaorang pergi tempah lak. Nak jadikan cerita, warna kek tu bukan seperti yg mereka order, tapi kebetulan "match" pulak dengan baju pengantin. Masyaallah, cantikkan aturan Allah.
Kadang2 tak perlu lavish sangat..acara gotong royong begini is more touching and meaningful especially when one is far away from their hometown. Even by reading the post alone, dah dapat rasa suasana majlis tu..
Cantiknya your header photo..I loike!
will be wonderful memories for the bride & host. To the bride "moga bahagia hingga ke akhir hayat".Amin.
Salam RAS, dah lama tak bercerita ya? How's the Arabic class?
Majlis memang meriah, siap ada berenjis lagi :D
TK,
Cantik kan :D Dari folder Cheqna, tapi tak sure siapa yg ambil coz I pun ada guna camera dia masa kat situ...
Salam Noname, TQ for visiting and following :D
It was wonderful memories and amiin to your doa.
Post a Comment