Thursday, January 20, 2011

Mood M****

Hari ni buat kerja semua tak menjadi.... kenapa entah. Tadi dapat "message" dari kawan yang dah lama tak berhubung, bukan main seronok lagi...sibuk la taip jawapan. Tapi apa pulak yang tak kena... jawapan tu hilang pulakkk, taip pula panjang lebar untuk kedua kalinya... pun hilang juga.. aaikk biar betul!!! Akhirnya, terbengkalai la "message" tu, akan dicuba pula esok harinya. Baju dalam mesin basuh pun belum disidai, rasanya bunyi bising gedegum gedegam mesin tu dah lama senyappp....

Hmmm nak pergi kedai pun m****, padahal nak kena pergi cari roti.... sebab esok anakku nak bawa apa ke sekolah? Patutnya pergi ke kedai semalam, tapi dek penangan kem****an, ditunda kehari ni, pagi tadi anakku bawa pizza segera ke sekolah untuk makan tengahari, nasib baik masih ada sekeping lagi. Buah kegemaran dia pun dah habis... ganti ngan biskut oreo 4 keping untuk makan masa rehat.. Ahhh cukup la banyak tu :D

Lepas tu cuba pulak buat entri kat blog ni... tulis sikit buntu.... tukar topik lain pula.... pun sama juga, buat lagi "draft" yang baru, isu ketiga dah ni.. pun tak jadi juga. Hai.... otak pun m**** juga ke????

Jadi.... layan je gambar-gambar mentari jatuh yang tak berapa cantik nih... Ingatkan boleh dapat gambar yang cun masa ambil hari tuh... tapi kurang pula menariknya bila letak kat komputer. Seperti biasala, kamera cap ayam he....he.... sebab tu gambar tak cantik, bukan salah jurugambar ya..... Apapun tengok je la :D




12 comments:

TK said...

Been so busy this week..
Baru nak baca all your posts here..
Cantik aper all those pictures..
I have always love gambar masa snow tau!

iina said...

cantik gbr2 tuh.. biasalah dah smpi masa penyakit M menyerang ;)

i amsterdam said...

TK...

Tu je gambar snow utk thn ni... yg lain2 tu semua DH & DS golek2 main snow ha..ha..

Tapi, dgr kata cuaca sejuk semula minggu depan... jd ada peluang la kut nak ambik gmbr lagi :D

i amsterdam said...

iina,

bila m**** menyerang... kudrat semua lari lintang pukang he..he..

Lady Lavender said...

Assalamualaikum. Dtg ziarah i Amsterdam :-) & follow this nice blog.

Saya cuba buat entry psl education system kat finland Insyaalah after this. tak byk sgt yg saya tahu tapi mungkin boleh share something :-)

Anyway, salam kenal..

i amsterdam said...

Waalaikumsalam Lady Lavender,

Welcome to my blog and TQ for being a follower :D

I look forward to yr reading :D

Nana said...

Cantiklah gambar2 ni. Eh, part mana yang tak puas hati tu? :)
Komputer you ada virus ke? Kalau taip hilang tu kena jaga2 ya.
Anyway, layanlah perasaan m**** tu. I kalau m****, minum kopi makan biskut/kek dan tengok tv! Syok juga sekali sekala! We do need a break! :)

i amsterdam said...

Dear Nana,

Bukan virus... tp tuan punya diri ni tak biasa dgn fb, jadi message tu hilang sebab i pergi ke page lain. Unlike blogger yg reminds us that we hv unsave docmnts, fb don't have!! So all my long reply gone with the wind!! He..he.., tp second time tu i x sure why??

Anyway... m**** jgn selalu datang.., nanti rumah berselerak!!!

Cheqna said...

haha..reading and joining the "m" team...don't know what to respond here..

but hope it has gone by now for you and there's roti for Ilham tomorrow...hehe

:-)

i amsterdam said...

he..he.. Cheqna,

Roti dah pun dibeli :D In fact, balik ambil ilham dari sekolah tu siap basuh & mop bilik air lagi... alhamdulillah :D

Rosfida Abu Sufi said...

Aaahhh...m envying you with every drop of my blood!:) This is a sight to remember and to die for and you are very lucky to see it in real life.
Take Care.

i amsterdam said...

Hi Rosfida,

Welcome to our world :D Alhamdulillah we are given the opportunity to witness these little pleasures :)

And you take care too.