Wednesday, December 29, 2010

Good Luck Harimau Malaya...

Kemenangan Harimau Malaya ke atas Garuda baru-baru ni memang menyuntik semangat pemain2 dan penyokong2 bolasepak kebangsaan. Orang yang tak minat bola pun tiba-tiba berminak pulak... aik... biar betul !!! Hmmm siapa lagi kalau bukan DH. Sebelum DH pergi kerja pagi tadi siap berpesan, jangan lupa tengok Harimau Malaya hari ni.... Wahhh terkejut betul isteri dia.....(he..he..tuan punya diri la), sempat cakap pulak nanti dia akan sms web tu. Hah... kalau tuan punya diri ni memang suka tengok bola, tapi yang professional sajala...hmmm... yang Malaysia punya kureng....(sorry ye Rajagopal) tapi semangat juang dan patriotik Malaya tetap ada :D


Tapi tuan punya diri ni tak tengok pun perlawanan hari tu... kami yang pompuan ni berjalan2 kat Paris. Ehh... rugi la pergi Paris tengok bola kan? Screen computer tu pulak kecikkk, buat sakit mata je....Masa balik untuk solat zohor tu, masih 0-0, tapi lepas tu dapat masuk gol, wahh bukan main seronok lagi... bersemangat betul... :D



Kepada pemain-pemain Malaysia, semuga berjaya dalam misi anda. Jangan mudah gusar dengan provokasi dari penyokong2 dan media Indonesia, yang pentingnya fokus, fokus & fokus dan bermainlah dengan terBAIK. Remember, DO YOUR BEST!!!!



Penyokong2 bola ni sememangnya pelik, ingatkan di Eropah saja ada yang berperangai ekstrim rupa-rupanya perangai ni ada di seluruh dunia. Selalu juga kita dengar pergaduhan di sana sini gara-gara bola sepak. Kalau di Belanda ni pun, penyokong antara kelab pun ada yang buat hal. Sepatutnya sukan ni dijadikan alat penghubung untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama manusia, sebaliknya lain pula yang jadi. Hmmm... kalau di tengokkan, yang selalu buat perangai ni tentunya penyokong lelaki kan? Rasanya tak pernah dengar lagi penyokong pompuan yang kena tangkap sebab bergaduh pasal bola. Kami orang pompuan pun patriotik juga, tapi taklah sampai nak tarik rambut. Hmmm... tu la, men are sometimes....

2 comments:

Cheqna said...

...as usual tak tengok cos nervous..berdebar dengar org keliling cheering cos didnt know which side they were cheering for..haha.

Alhamdulillah we won.

:-)

I amsterdam said...

Memang berdebar... nak makan tengahari pun tak boleh, sebab perut pun rasa semacam ja. Bila masuk je gol M'sia tu, ehhh betul ke gol tu, x offside kan, hooray !!!