Thursday, December 2, 2010

Ketupat... ohh... Ketupat...

Sebenarnya entry ni dah lama buat, tapi duk terperuk dalam "draft" tu, bukannya apa.... IA tersilap. Mulanya nak letak dalam Kau Ilhamku sebab blog ni belum ada N3 pertama lagi, tapi dalam keghairahan nak menulis tu, tak perasan pulak yang IA berada dalam blog yang salah !!! Memandangkan IA pun tak tahu macam mana nak export N3 ni ke Kau Ilhamku, jadi di biarkan la dia terperuk kat "draft" tu. Alang-alang dah tulis kan.... kita "publish" je la, cerita basi pun tak pa la :) Raya Korban kali ni sunyi dan sepi, tetamu tak ada yang datang tidoq di rumah. Tapi IA masak juga rendang dan buat ketupat palas dan ketupat nasi. Kali pertama anyam ketupat nasi nih... dulu pernah belajaq guna riben... tapi dah lupa. Belajaq kali ni pun saat2 akhir, cikgu tu dah nak balik Malaysia (punya la sibuk orang tu, walaupun 2 minggu dia kat sini....), dah nak bertolak ke airport baru duk tunjuk cam mana nak anyam. Tu pun tak sempat habis berguru :( ye la.. nak makan breakfast lagi... :) Bila depa dah bertolak ke airport, IA duk berejam kat situ, duk cari jalan macam mana nak matikan ketupat ni. Akhirnya dapat ketupat bawang... tapi pelik pulak... kenapa ekornya kat tepi??? Sepatutnya ekor tu kat atas dan bawah!!! Hahahaaa... Ish...ish... tak puas hati betul!!! IA cuba lagi, pusing sana pusing sini hahhh... dapat pulak ketupat nasi !!! Tak apa lah, apa-apa ketupat pun ok, asalkan dapat bubuh beras !!! Nak bubuh beras pun satu hal, punyalah susah, guna tangan pun susah, guna camca kecik pun susah !!!! Sabaq je lah.... Tapi IA rasalah kan... buat ketupat palas lagi senang. IA pun semakin terra nak adun beras pulut ngan santan tu.... Ketupat kali ni lemak, dan masinnya pun "just nice" :))))




Gantung, jangan tak gantung.....

DH kata gantung ketupat tu supaya ayaq dia turun (macam arwah mak dia duk buat dulu-dulu ). Memandangkan tak ada tempat nak gantung, dia pun gantung la kat kabinet dapur tuh.... tapi lepas tu dia risau pulak...takut ada kesan kat kabinet tu.... Akhirnya masuk kau dalam penapis tu....


Ketupat palas ku...... terima kasih mak..... tak sia-sia mak ajaq Cheq balut ketupat ni....



2 comments:

Cheqna said...

I also masih struggle nak buat the "sarung" but part nak isi beras ok juga..hehe..


still remember makan ketupat pulut ur mum, best!


:-)

I amsterdam said...

Practice makes perfect :)

Pernah cuba ketupat palas pulut hitam??? Sedap juga....