Inilah salji yang pertama kali turun untuk musim sejuk kali ni. Tak tahulah pulak kalau salji ada turun masa ketiadaan kami di Holland selama seminggu hujung tahun 2011 yang lalu. Tapi rasanya tak ade.. .
Alamakkk ciputnya salji. . . |
Malam tadi DS duk berharap biarla turun banyak sikit, tak sabar nak main salji ni. Tapi memang mama DS tak berharap sangat sebab dah tengok ramalan yang katanya "light snow". Betullah ramalan tu. . . . sikit sangat. Dalam hari-hari yang akan datang pula, cuaca memang sejuk -5 tapi matahari bersinar ceria pulak, jadi macam mana nak ada salji ? Sedih juga tak dapat nak merasa salji kali ni. Rasa-rasanya tak ada lagi salji dalam bulan Februari ni.
Salji dicelah-celah anak tulip |
Takpelah. . . . nak buat cam mana kan :( Jom kita layan roti yang di buat bila ye? Oh ya. . . rasanya minggu lepas. Inilah dia "Cinnamon Pull Apart Bread"
Hingga terkeluar dari baking dish tu hehehe |
Kali pertama buat, sedap. . . DS dan DH siap bawa bekal lagi hehehehe. . . . Resepinya diambil dari blog Dapurku Sayang . Memang resepi-resepi dalam blog Dayang Jack ni nampak sedap-sedap belaka. Seperti biasa IA cuma letak je dalam bread maker tu. Bila doh dah naik 2 kali ganda (timer BM tu 1 1/2 jam) IA ambil dan letak dalam peti sejuk (tutup dohnya) dan keesokan paginya baru dikeluarkan. Kalau nak terus dicanai pun tak ada masaalah.
Rupanya doh tu naik lagi walaupun di letak dalam peti sejuk hingga melekat di aluminim foil yang diguna untuk tutup bekas tu.
Canaikan doh dan sapukan melted butter dan tabur campuran gula perang dan cinnamon (IA tak ada gula perang, jadi guna gula halus saja). Potong doh tu dan susun dalam bekas. Lebihan butter tadi disapu di atas roti dan tabur lagi gula. Sementara proses ni nak siap, doh tu sempat naik lagi, doh yang tadi dicanai agak nipis sekarang dah jadi agak tebal
Bakar selama 20-30 minit dalam oven 350 F (IA letak 175 C). Bila dibakar, tentulah doh tu naik lagi kan, hingga terkeluar dari baking dish tu hehehehe. . .
Cubalah, kalau tengok roti Dayang Jack buat, memang nampak sedap.
Resipi : Cinnamon Pull Apart Bread
2 3/4 cawan + 2 tbs tepung
1/4 cawan gula kasar
2 1/4 tsp yis
1/2 tsp garam
4 tbs butter (IA guna 60 g)
1/3 cawan susu penuh krim (IA guna susu segar)
1/4 cawan air
2 telur saiz A
1 tsp vanila
Cara :
- Susu dan butter dipanaskan hingga butter cair. Ketepikan hingga suam2 kuku, baru dimasukkan dalam BM
- Proses yang lain adalah sama seperti kaedah BM yang lain iaitu masukkan bahan2 cecair dahulu, diikuti oleh bahan kering.
8 comments:
Dearest fren,
u ni buat I berkobar2 nak ke hypermarket and beli breadmaker!..haha..
that looks delicious..i can imagine the taste of cinnamon. :-D
Hehehe
I memang recommend beli kalau u suka makan roti la... I tak suka kneading, jadi bila ada BM rasa mcm senang. Tapi so far buat roti bantal tu tak berapa sedap sangat. Mungkin belum jumpa resepi yg ok kut :)
saya belum pernah lagi simpan doh dlm peti ais. Selalu terus masuk oven aje. kalau simpan kat dlm peti ais for the next morning nak kena tunggu hingga room temperature dulu atau boleh canai terus sebaik saja keluarkan dr peti ais??
So far rajin lagi kneading thou tak laa selalu buat..hehehe
:-)
Lady Lavender,
Tak pasti pulak samada semua doh boleh dimasukkan dlm peti sejuk, tapi untuk Cinnamon Bread ni, biar selama 30 minit selepas dikeluarkan dr peti barulah dicanai.
Cheqna,
bagus juga kneading ni, exercise!!!
Salji walaupun sikit, cantik sekali menghiasi bumi. Ditambah dengan roti yang gebu dan nampak lazat sekali, rasanya dah macam dalam mimpi :)
Dear Aishah,
Semuanya kurnian Allah Taala, Alhamdulillah.
It's good to have you back :D
Post a Comment