Showing posts with label Special Events. Show all posts
Showing posts with label Special Events. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Aku Nikahkan Dikau . . .


Ingat tak cerita yang tergendala tahun lepas tu? Dah 10 bulan cerita tu terperap. Semasa duk mengemas-ngemas gambar2 di dalam komputer ni pagi tadi, terjumpa pulak "folder" peristiwa yang teristimewa tu. Dikala suhu menjunam di luar rumah dengan awan yang mendung yang menjanjikan "flurries", hati ini terasa nyaman bila membelek-belek gambar2 tu, ditambah pulak dengan lagu Dato M Daud Kilau mendayu-dayu perlahan-lahan, tersenyum sorang-sorang. . . .


Direnjis-renjis dipilis
Ditepungilah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram si air mawar
Duduk dua sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari


Pada hari bersejarah itu, rumah kami telah diserikan dengan majlis akad nikah seorang sahabat. Tak pernah terpikir dan tak disangka-sangka yang kami akan menjadi ketua keluarga dan tuan rumah kepada majlis perkahwinan di dalam masa terdekat ni sedangkan anak kami masih kecil, di negara orang pulak tu. Tapi itulah, segalanya ketentuan Ilahi, dah sememangnya jodoh dan perkahwinan itu adalah urusanNya. Kalau di negara orang pun kalau jodohnya dah sampai, terjalin juga hubungan suci ini. Apa yang pasti, dihati ini terasa sangat segalanya urusan Allah SWT, betapa Dia menghendaki majlis ini berjalan walau dengan seadanya tetapi tetap meriah. Perancangan dibuat dalam masa sepuluh hari sahaja, tetapi dengan izin Allah Taala, segala "paperwork" yang diperlukan berjaya diselesaikan dengan lancar disebalik kesibukan DH masyaAllah.

Majlis akad nikah yang sepatutnya dijalankan di masjid dan diikuti dengan kenduri kecil doa selamat, telah menjadi majlis yang penuh rahmat di rumah kami dengan gelak ketawa tetamu, disertai pulak dengan bunga telur dan pelamin "bidang terjun". Sofa rumah yang kusam tu nampak cantik pulak bila dihiasi dengan sarung kusyen dan tabir "bling bling" yang dipinjam dari seorang rakan kerja DH manakala bunga telur tu pula "courtesy" dari Tourism Malaysia :D


Pelamin ringkas
Kek yang secara tak dirancang sedondon pula dengan baju pengantin :D
Katil pengantin. . . 
Aku nikahkan dikau. . . . (rasanya itulah kut Imam tu cakap hehehe. . .)
 
Ia sesungguhnya majlis yang unik kerana pasangan pengantinnya dari Malaysia, dijalankan di Belanda, diakad oleh Imam berketurunan Jawa asalnya dari Surinam, manakala akadnya di dalam bahasa Arab, bacaan takliknya di dalam bahasa Inggeris dan sijil nikahnya pulak di dalam bahasa Belanda, Mashaallah sungguh cantik hitungan Allah Taala.

Tak disangka-sangka, Imam dari Rotterdam ini yang pernah melawat Malaysia pada awal tahun 90 an dulu, terjumpa pulak rakan yang dikunjunginya semasa di Malaysia yang mana dia pernah tinggal selama seminggu di rumah kawannya itu, yang kebetulan menjadi tetamu dan penolong kami di majlis itu, Masyaallah. Maka terjadilah pula adegan berpelukan diantara mereka, adalah juga yang turut mengelap airmata (bukan IA ye. . . )

Betapa cantik aturan Allah Taala (tak perlulah diceritakan kesemuanya ye), segalanya berjalan lancar dan tatkala Imam mengakadkan pasangan, airmataku turut mengalir, syukur Alhamdulillah dan benar-benar terharu kerana semuanya berjalan dengan selamat. IA bukanlah seorang yang sensitif, tak pernah dalam hidup ini menangis di khalayak ramai atau semasa di lapangan terbang ke, tetapi pada hari tu, hati ini benar-benar tersentuh.

Seperti merahmati majlis, cuaca pada awal bulan April itu tersangatlah cantik menjelangnya hari perkahwinan dengan matahari memancar dan suhu naik hingga 20 an celcius. Pada masa yang sama, bunga-bunga tulip di depan dapur juga turut mula mengembang, Mashaallah.


Tulip - sedap mata memandang

Syukur Alhamdulillah kerana Allah Taala telah memberi kami peluang dan ruang untuk membantu pasangan ini mengadakan majlis akad nikah mereka, semuga perkahwinan mereka akan senantiasa dirahmati dan diberkati Allah Taala selalu.




Friday, April 15, 2011

BIG Thing - Part 3

Ni saja yand dapat di upload. Lain kali cerita lagi ye :D





Courtesy of Lagu-rakyat blogspot



Wednesday, April 13, 2011

BIG THING - Part 2



Lama benar nak sambung bahagian ke 2 "Big Thing" ni..., rasanya semua orang pun dah lupa kut. Jom kita tengok "clue" yang seterusnya....





What do you think ??


:D


Wednesday, April 6, 2011

BIG Thing - Part 1


Just to write that we are going to have a BIG thing happening at the house on Friday. I have mentioned about this thing in one or two of my comments since last week. It's kind of sudden, that's why right now, I'm super duper buzy.... BZ buat apa ya ?? Mostly on the phone..... yes, talking to this person, talking to that person, the actual works have yet to be settled !!! *sigh*


So, what's the BIG thingy ??? Well, I can't write about it yet. But, I'm quite excited about it :D Since we have set the ball rolling, I pray that things will work out and the BIG thingy will happen smoothly and successfully, InsyaAllah.


To give you an idea of the BIG thing, I will post here a photo to give the readers out there a clue.




Bought all this from IKEA on Monday....



Anybody interested in guessing games ???



:D


Thursday, December 2, 2010

Ketupat... ohh... Ketupat...

Sebenarnya entry ni dah lama buat, tapi duk terperuk dalam "draft" tu, bukannya apa.... IA tersilap. Mulanya nak letak dalam Kau Ilhamku sebab blog ni belum ada N3 pertama lagi, tapi dalam keghairahan nak menulis tu, tak perasan pulak yang IA berada dalam blog yang salah !!! Memandangkan IA pun tak tahu macam mana nak export N3 ni ke Kau Ilhamku, jadi di biarkan la dia terperuk kat "draft" tu. Alang-alang dah tulis kan.... kita "publish" je la, cerita basi pun tak pa la :) Raya Korban kali ni sunyi dan sepi, tetamu tak ada yang datang tidoq di rumah. Tapi IA masak juga rendang dan buat ketupat palas dan ketupat nasi. Kali pertama anyam ketupat nasi nih... dulu pernah belajaq guna riben... tapi dah lupa. Belajaq kali ni pun saat2 akhir, cikgu tu dah nak balik Malaysia (punya la sibuk orang tu, walaupun 2 minggu dia kat sini....), dah nak bertolak ke airport baru duk tunjuk cam mana nak anyam. Tu pun tak sempat habis berguru :( ye la.. nak makan breakfast lagi... :) Bila depa dah bertolak ke airport, IA duk berejam kat situ, duk cari jalan macam mana nak matikan ketupat ni. Akhirnya dapat ketupat bawang... tapi pelik pulak... kenapa ekornya kat tepi??? Sepatutnya ekor tu kat atas dan bawah!!! Hahahaaa... Ish...ish... tak puas hati betul!!! IA cuba lagi, pusing sana pusing sini hahhh... dapat pulak ketupat nasi !!! Tak apa lah, apa-apa ketupat pun ok, asalkan dapat bubuh beras !!! Nak bubuh beras pun satu hal, punyalah susah, guna tangan pun susah, guna camca kecik pun susah !!!! Sabaq je lah.... Tapi IA rasalah kan... buat ketupat palas lagi senang. IA pun semakin terra nak adun beras pulut ngan santan tu.... Ketupat kali ni lemak, dan masinnya pun "just nice" :))))




Gantung, jangan tak gantung.....

DH kata gantung ketupat tu supaya ayaq dia turun (macam arwah mak dia duk buat dulu-dulu ). Memandangkan tak ada tempat nak gantung, dia pun gantung la kat kabinet dapur tuh.... tapi lepas tu dia risau pulak...takut ada kesan kat kabinet tu.... Akhirnya masuk kau dalam penapis tu....


Ketupat palas ku...... terima kasih mak..... tak sia-sia mak ajaq Cheq balut ketupat ni....